Friday 21 August 2020

Diploma Farmasi UiTM

 Assalamualaikum and hai!

Lama ya sis tak jenguk blog ni hehehe dulu rasa nak tulis blog untuk guide anyone yang maybe will go through what I've experienced. Sebab masa sis dulu, amatlah susah untuk sis jumpa info yang sis nak. Teringinlah nak menyumbang sikit. 

Entry ni sebenarnya dah lama sangat nak share sejak dari sis tengah ambil course ni lagi tapi sebab busy sangat (cehh), tak sempat dan terlupa terus nak update sampai ler dah sambung degree dah pun disaat sis sedang menaip ni.

So, seperti di tajuk tu, sis nak share sikit pasal course Diploma Farmasi yang sis dah ambil dulu and Alhamdulillah dah grad pun. As stated, sis ambil di UiTM, lebih spesifik, di kampus Bertam. Silalah google ya bertam tu dimana 😘

Seperti diploma yang lain, course ni berdurasi 3 tahun (2 tahun di kampus or 4 sem AND 1 tahun hospital practicum or 2 sem). Sis tak tahu tentang other courses but this one really wasnt easy for me. First semester je yang senang sebab most subjects macam ulang yang SPM je but 2nd semester and further, memang challenging habis. Banyak subjects yang require hafal. Heavy on biology and maybe chemistry a bit. No Physics or addmath related subjects. Okay maybe ada calculus for calculation subjects tapi 2 semester je yang ada subject ni. Dont worry.

Nama pun farmasi, awak akan belajar pasal ubat lah. Cara prepare ubat, chemistry, cara beri ubat kepada patients, hafal nama ubat, the functions and effects on body etc etc. Sis tak pandai sangat nak explain bab ni so here you go, list subjects yang awak akan belajar kalau awak ambil course ni.

 

Subject/silibus maybe akan berubah sikit kalau you dah masuk tapi inshaa Allah, not too much. Roughly, ni la subject2 nya ya. Bagi sis, course ni tak relax la. Every semester ada around 6 - 7 subjects. Quite heavy but still okay as long as awak rajin dan otak pintar menghafal LOL oh ya, title dalam table ni, bahagian 'Part' tu refer to Semester tau.

Done satu bab. Apa lagi eh nak cakap? Hmm 

Suasana kampus tu kecil je, macam sekolah-sekolah asrama penuh/mrsm gitu. Takde la feeling macam real universiti pun bagi sis tapi selesa la. Dia macam good adjustment dari sekolah ke universiti. Senang nak adapt. And kampus tu cuma ada diploma courses je ye.

Okay. Lepas grad, boleh sambung degree apa ya for this course? Bachelor in Pharmacy (B.Pharm) je ke? Option lain ada tak?

Ada~ ok untuk B.Pharm, awak punya final cgpa should be at least 3.5 untuk apply this course and then ada interview. Kalau macam cgpa tak lepas or awak rasa tak minat dah, awak boleh apply other health science courses, like Dietetics, Optometry, Physiology etc. Most seniors yang tak ambil b.pharm, banyak jugak yang sambung Dietetics. Awak google je course apa yang ada under Fakulti Sains Kesihatan UiTM haa situ boleh survey course yang awak boleh apply. Syarat dia rendah sikit, cgpa 3.0 at least. Selain fakulti ni, awak boleh jugak apply for fakulti bisnes or medic or dentistry or sains gunaan. Jangan risau, even diploma ni macam dah specific belajar pasal ubat je kan tapi sebenarnya quite wide jugak option awak masa degree nanti. (and untuk pengetahuan awak, sis sendiri tak sambung B.Pharm ya, nanti kalau rajin, sis tulis entry pasal degree pulak, or you can request kalau takde khabar berita hiks)

This is just a general explanation pasal course ni. Sis rasa untuk info yang sis tak sentuh dalam entry ni maybe you can read further dekat blog lain, kalau ada. Kalau takda, feel free untuk tanya ya. Sis cuba reply apa yang sis tahu. 

For SPM leavers, harapnya awak boleh fikir dulu before choosing this course. Farmasi ni bukan sekadar duduk kat kaunter pastu cakap 'ubat ni makan 2 kali sehari ye, cik'. It is wayyy more than that. And sangat banyak yang perlu dihafal.

For adik-adik yang sedang ambil course ni and tengah runsing nak pilih course apa dekat penerapan tu kan, sis taktahu la ni membantu ke tak but i did suggest a few courses yang commonly your seniors choose to further their degree. 

Sis rasa tu je kot setakat ni hahahha sangat ringkas kan?! Just drop your question if you have any.

Thank you for reading.

Jumpa lagi~