Thursday 10 March 2022

Sarjana Muda Dietetik (Bachelor of Dietetics Hons.) - UiTM

Assalamualaikum w.bt.
Hai alls! Saya kembali lagi di blog usang ni. Seperti yang dah dijanjikan, kali ni saya nak tulis pasal course degree yang saya further di UiTM (dihatiku). Harapnya dapat beri pencerahan yang secukupnya untuk adik adik yang berminat dengan course ataupun terdapat tanpa sengaja 😆

Okay. Course ni kita akan belajar pasal Pemakanan / Nutrition untuk manusia sihat dan yang sakit. Dietician ni selalunya kat hospital orang taktahu sangat dia tu Dietician, orang selalu ingat dia Dr sebab pakai white coat jugak. Pendek kata, not a glamorous job la. 

Saya akan cerita yang di UiTM je sebab saya tak pasti how is the flow in other uni. For UiTM, course ni ada 8 semester, which means 4 tahun. 3 tahun akan belajar di kampus secara teori dan 1 tahun akan belajar secara praktikal/attachment di hospital atau klinik. Satu je kampus yang ada course ni iaitu Kampus Puncak Alam, Selangor. Kemasukan adalah 1 kali setahun, means macam sekolah la. Masuk by batch sekali setahun so jarak antara batch tu macam Year 1, Year 2 etc. Certain course masuk 2 kali setahun kan, where their batches punya jarak is Semester 1, Semester 2, Semester 3 etc etc. Takpe part ni tak perlu faham pun i kind of suck at explaining here 💦 Cumanya nak cakap kalau repeat, you tak boleh repeat that subject in sem seterusnya, you have to wait a year baru boleh repeat hoho Anyway! Dietetics degree dengan Nutrition degree tu lain tau. Dietetics belajar lebih klinikal while Nutrition takde clinical part. Dietician boleh jadi Nutritionist tapi Nutritionist tak boleh jadi Dietician.

Senang ke susah? Not bad la actually. Range subjek ialah dari 'agak senang' kepada 'susah gila nak mam i understand nothing'. Mainly susah sebab ada calculation so macam pening sikit kalau kita tak faham konsep. And macam biasa la science courses ni, banyak nak kena hafal dan ingat. For clinical year, well stressful jugak. Saya bukan nak takutkan sesiapa ok tapi rasanya every degree course pun mana mana je akan jadi makin stress bila dah dekat final year. It won't get easier, definitely. Rate toughness course ni bagi saya 6.5 out of 10. Still, tak boleh lawan medic and pharmacy yang saya rasa lagi pening 😆 (if you haven't read my previous post, i came from Pharmacy course)

Seronok ke? From personal experience, saya rasa seronok sangat dengan course ni. Mungkin sebab saya memang minat bab bab makanan ni jadi everything is interesting to learn. Kita ada lab practical in year 1 lepastu in following year, kita tak panggil lab dah, kita panggil KITCHEN sebab masak masak! Part ni yang best, ala ala culinary students gitu. And satu batch tu selalunya sikit je. So, it's easy to befriend everyone. Contoh batch saya ada less than 50 je. Lecturers pun sikit so setiap sem jumpa muka yang sama je. Saya tak nak cakap la ni best ke tak HAHA don't worry most of our lecturers are super cool and baik and easy to ask questions. Environment-wise, course ni best. and campus pun best. Puncak Alam ni antara campus yang cantik and baru la among other uitm campus. Kolej kediaman pun selesa, lagi-lagi Dahlia 👍

Saya masuk dari Penerapan UiTM. So sesiapa yang macam saya, anda boleh transfer credit for certain subjects yeayy means kalau subjek tu awak dah ambil masa diploma and credit hour sama, boleh mohon untuk drop subjek-subjek tu. Paling wajib untuk drop is Kokurikulum and TITAS hihi lega beb degree dah takde Koku ni. Koku sampai 7pm or sometimes kacau sabtu. Nanti dah masuk, reach out to seniors tentang cara nak PC / transfer credit. Mesti ada yang guide dont worry about this. Just a head up. Tak boleh shorten study period tapi bila boleh drop certain subject ni rasa tenang sikit la nak belajar setiap sem tu ehehe 

Okay. Taktahu la nak sentuh apa lagi aaaaa for specific subjects yang adik adik akan belajar, saya letak dekat post berasingan ye. CLICK HERE FOR LIST OF SUBJECTS

Rasanya takde apa dah. Macam biasa, kalau ada apa-apa persoalan, just drop it in the comment section. Takde soalan yang bodoh ye. Jangan malu-malu. Drop je as anonymous. Nak tips ke apa ke, minta je. Will try my best to answer everyone. 

Alright. That's all, i guess, from me this time. All the best for those who will be furthering this course. It's a good one, I promise. Jarang la nampak case yang drop course ni. You'll have a great time.

Semoga dipermudahkan urusan semua orang. Bye!

9 comments:

  1. Hi sis, saya nak tanya, untuk ELC dan CTU ada pc ke? and kalau nak dpt pc tu, melalui penerapan atau akan ada satu sesi bila masuk nanti? Thankyou in advance :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi SORRY! tak perasan comment ni! mesti awak dah masuk dah pun T_T yes untuk CTU sem 1. ELC kalau sama kod and credit hour time diploma baru boleh PC. nak dapat PC tu tempoh dia sepanjang pembukaan week registration course awal awal semester tu. no specific session, kena pergi office sendiri untuk uruskan :)

      Delete
    2. sorry. bukan registration course. **registration SUBJECT

      Delete
  2. Hi, saya nk tanya dua soalan, q1. sekarang sy sem akhir diploma sains dan untuk penerapan kos degree nih bukak ke masa penerapan dan kalau bukak kita masuk intake 9 jugak ke maksudnya tak perlu nk beli no. Pin upu ke untuk mohon just beli no. Pin penerapan. Next, q2, dalam degree nih ramai ke dari diploma sains and berapa yer cgpa diorang..tq

    ReplyDelete
  3. I wanna ask how about peluqng pekerjaan after finished degree ya? Luas tak

    ReplyDelete
  4. Thank you for sharing sis! I dapat course ni. Agak nervous jugak tpi memang I nak pun course ni. Hopefully, semua okay2 shj haha. Sis skrang ni dah habis ke?

    ReplyDelete
  5. hi, what to choose in penerapan registration to apply for degree dietetic ye?

    ReplyDelete
  6. Hai nak tanya if saya dari fakulti sains gunaan masuk ke fakulti sains kesihatan still bolen drop subjects ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nama subject/kod subject/course outline sama from diploma to degree, then should be yes boleh transfer. tapi also depends on budibicara lecturer juga. kena discuss dengan PA

      Delete